KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 75 orang membabitkan 25 keluarga dan kesemuanya ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi setakat jam 8 pagi ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, semua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima (DSP) Dun Banir di Beaufort.
“Tinjauan di kawasan terlibat banjir masih diteruskan,” menurut kenyataan itu hari ini.
— BERNAMA