TAWAU: Semua rakyat disaran agar menjalinkan hubungan silaturahim, menambah rasa ihsan dan rahmah antara satu sama lain dalam suasana sambutan Hari Raya Adilifitri disambut di seluruh negara pada hari ini.
Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fah berkata, rakyat perlu mengambil kesempatan sempena Aidilfitri hari ini, untuk saling menziarahi sanak saudara.
Beliau juga turut menyentuh kepentingan memupuk semangat amalan berkunjung boleh menambah keyakinan kepada nilai, ihsan, dan rahmah demi kemajuan di negeri ini.
“Dalam suasana menyambut perayaan besar ini, kita juga ingatkan agar masyarakat sentiasa menjaga kesihatan meskipun ketika ini kelonggaran telah diberikan berbanding Pandemik COVID-19 lalu.
“Saya mewakili Harapan Rakyat sekali ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh masyarakat khususnya di negeri Sabah.
“Tidak lupa juga kepada Barisan Kepimpinan diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor serta kalangan pemimpin utama negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu Dalam perkembangan berkaitan, Liew juga mengajak orang ramai agar sentiasa menghargai jasa bakti dan pengorbanan pasukan keselamatan daripada semua agensi penguat kuasa yang bertugas pada musim perayaan bagi menjaga keamanan dan kedaulatan negara cukup dihargai.
“Kerajaan sentiasa mengiktiraf bukan sahaja khidmat jasa dan pengorbanan, tetapi juga kesetiaan anggota pasukan keselamatan kepada kerajaan yang memerintah serta negara secara keseluruhannya.
“Kita sedar tanpa pengorbanan dan kesetiaan pasukan keselamatan, sudah tentu negara tidak dapat menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran seperti yang kita nikmati pada hari ini,” katanya.