KOTA KINABALU : Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al- Quran Peringkat Negeri Sabah 1446H/2025M di Masjid Negeri Sabah di sini semalam.
Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman serta Toh Puan Faridah Tussin.
Musa turut menyampaikan sumbangan tunai kepada seramai 30 orang asnaf sekitar kawasan Kota Kinabalu.
Pengisian sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran ialah majlis khatam dan doa khatam Al-Quran Perdana, Gema Wahyu Illahi oleh Ustaz Wahyu Andi Saputra dan Tazkirah Khas oleh Ustaz Zul Ramli.