Mahkamah Rayuan dapati hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mendapati hakim mahkamah tinggi tidak tersalah arah dalam memerintahkan Najib membela diri terhadap tujuh tuduhan kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata Mahkamah Rayuan dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa perayu mempunyai kepentingan peribadi dalam kelulusan kabinet bagi pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan mahkamah tinggi bahawa Najib adalah pengarah bayangan SRC, beliau melantik pengarah dalam syarikat itu dan menandatangani surat pelantikan dalam laporan Berita Harian hari ini.

“Disebabkan itu semua pengarah mematuhi arahan Najib di mana tiada bukti menunjukkan bahawa mereka tidak mematuhi keputusan berkenaan,” katanya.

Berita lanjut menyusul