KOTA KINABALU: Hanya tiga notis mengosongkan rumah dikeluarkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) membabitkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini.
Pengerusinya, Datuk Masiung Banah berkata, kawasan itu PPR Taman Puri Warisan Inanam, PPR Taman Jaya Diri Kuala Manggatal dan PPR 2 Taman Bukit Setia Kuala Manggatal .
Katanya, notis ini dikenakan terhadap penyewa m tinggal melebihi 10 tahun mengikut perjanjian dikeluarkan LPPB kepada mereka.
“Kita lihat isu ini sedang viral dalam media sosial….Sebenarnya surat ini belum pun diedarkan serta hanya terpakai kepada individu tertentu sahaja dan bukan secara menyeluruh.
“Notis ini pun hanya kepada mereka tinggal di tiga kawasan ini.
“Kita hairan masyarakat dari bandar lain yang tiada kaitan termasuk Sandakan, Tawau dan Lahad Datu turut sama bertanya isu ini termasuk wakil rakyat kerajaan dan juga pembangkang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Masiung merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, kerajaan merupakan agensi mempunyai polisi dan peraturan yang sudah ditetapkan.
“LPPB juga tidak terkecuali daripada polisi kerana itulah yang menjadi pemandu kepada setiap organisasi untuk melaksanakan apa juga yang kita perlukan.
“Kita tegaskan di sini, apa yang dibuat oleh pegawai LPPB berhubung notis peringatan itu adalah mengikut polisi yang sudah lama dibuat dan bukannya polisi baharu,” katanya.