KOTA KINABALU: Wanita ditahan polis malam tadi, selepas dipercayai menceroboh kediaman pemain bola sepak Liga Super yang juga bekas kekasihnya.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, wanita itu ditahan kira-kira 8 malam selepas lelaki terbabit yang juga bekas pemain kebangsaan membuat laporan polis pada Sabtu lalu.
“Pemain bola sepak Sabah itu membuat laporan polis mengatakan pintu rumahnya dirosakkan oleh wanita terbabit.
Katanya, susulan laporan itu polis menahan wanita terbabit untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanan Keseksaan kerana perbuatan melakukan khianat.
“Dengan tertangkapanya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.