KIMANIS : Dua lelaki meninggal dunia selepas sebuah Lori treler membawa muatan jentera berat terbabas sendiri di bahu jalan lalu terbalik di Jalan Kimanis-Keningau, di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah berkata, kedua-dua indentiti mangsa masih belum diperoleh disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.
Katanya, kedua-dua mangsa terbabit dilaporkan tersepit memerlukan pasukan Bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.11 petang tadi kemudiaannya bergegas ke lokasi pada jarak 30 kilometer.
“Balai Bomba Kimanis bersama lima anggota diketuai oleh Komander Operasi, Nazir Che lah berjaya mengeluarkan mangsa seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut jurucakap tersebut, Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 7.03 malam tadi.