KOTA KINABALU : Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 328 orang daripada 105 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa kawasan, setakat 4 petang ini.
Pagi tadi, sebanyak 114 mangsa banjir daripada 42 keluarga direkodkan di dua PPS di Penampang dan Putatan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencand Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan dua lagi PPS diaktifkan di Tuaran dan Tamparuli berikutan hujan berterusan melanda beberapa daerah di bahagian pantai barat negeri itu sejak semalam.
Sebanyak 29 mangsa daripada lapan keluargo dipindahkan ke PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran, manakala 18 orang daripada lima keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, dekat Tamparull.
“Hujan yang berlaku di Tuaran sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar dilanda banjir dan penduduk dipindahkan ke dua pusat transit.
“Namun, akibat peningkatan paras air yang masih tinggi menyebabkan Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Daerah memutuskan membuat pengisytiharan pengaktifan PPS di kedua-dua daerah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu, jumlah mangsa di Penampang turut menyaksikan peningkatan dengan sejumlah
165 mangsa daripada 67 keluarga berlindung di PPS Dewan Kebudayaan Penampang berbanding 112 orang daripada 40 keluarga pagi tadi.
Situasi sama turut berlaku di Putatan apabila 116 mangsa daripada 25 keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Sri Putatan, peningkatan ketara berbanding hanya dua mangsa daripada dua keluarga pagi tadi.