Lelaki tipu enam kontraktor lebih RM700,000 ditahan

KOTA KINABALU: Kontrak bernilai jutaan ringgit membabitkan projek penukaran lampu jalan LED seluruh Sabah dan projek pembersihan serta pembinaan bangunan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Itu tawaran menarik seorang lelaki yang berjaya memperdayakan enam kontraktor sehingga mengakibatkan kerugian mencecah RM710,000.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, keenam-enam mangsa itu berurusan dengan suspek untuk mendapatkan dua projek berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati suspek menawarkan projek sama iaitu penukaran lampu jalan dan pembersihan serta pembinaan bangunan di SOGIP dengan imbuhan tertentu.