TAWAU : Seorang lelaki tempatan asyik melepaskan gian menagih dadah serta mempunyai lapan rekod jenayah lampau ditahan di sebuah bilik sewa di sekitar Bandar Tawau, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 31 tahun itu, ditahan polis dalam operasi Ops Cegah kira-kira jam 7.30 malam.
Katanya, operasi itu dilakukan berikutan bilik sewa sekitar bandar ini disyaki sering menjadi sarang bagi aktiviti penagihan dadah.
“Ketika serbuan ini dilakukan pihak polis melakukan pemeriksaan terhadap seorang lelaki merupakan warga tempatan berada dalam keadaan mencurigakan ketika berada di bilik sewa berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut mendapati sebuah kotak warna hitam,
polis menemukan satu peket plastik lutsinar kecil berisi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.09 gram bersama peralatan untuk menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Jasmin berkata, hasil ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan morfin sekali gus akan disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.