TAWAU : Polis memberkas seorang lelaki dikehendaki dalam satu serbuan di sekitar kawasan Ladang Kelapa Sawit Merotai Besar, Tawau, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, lelaki warga tempatan berumur 36 tahun itu ditahan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Bombalai menerusi Ops Kesan.
“Hasil pemeriksaan butiran pengenalan diri mendapati lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah orang yang dikehendaki (Wanted Person) berkaitan Judi bersabit laporan yang dibuat di Klang, Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jasmin berkata, suspek tersebut ditahan dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) ARJT 1953.