Lebih 1,400 orang serti parti KDM di Tenom

TENOM: Lebih 1,400 orang menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di PDM Mandalom dan PDM Pogoukon, dekat sini pada Sabtu lepas.

Presiden parti itu, Datuk Peter Anthony berkata kemasukan mereka diyakini mampu memperkuatkan KDM, terutama dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Lebih 1,400 orang serti parti KDM di Tenom.

“Sambutan masyarakat di dua PDM diluar jangkaan kita di mana kita menerima kemasukan ahli baharu seramai 1,400 orang,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Majlis penyerahan borang keahlian itu diadakan sempena program
bersama kepimpinan tertinggi KDM di perkarangan rumah Nasip Lajim di Kampung Bulun Mandalom.

Sebelum itu, Peter menyempurnakan
Majlis Pelancaran Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Presiden SAFA Tenom 2024, sekaligus menyaksikan Perlawanan Sumbangsih yang berlangsung di Padang Pekan Tenom.