KUDAT: KPDN Cawangan Kudat menyerbu sebuah stor di Jalan Airport di sini dan merampas 400 liter minyak diesel yang dipercayai disimpan tanpa kebenaran sah.
Serbuan itu dilakukan menerusi Ops Tiris 4.0, iaitu sebahagian daripada tindakan susulan Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR) bagi mengekang penyelewengan barang kawalan.
Menurut KPDN, diesel berkenaan disimpan dalam dua tong drum biru dan dipercayai untuk kegunaan persendirian secara tidak sah.
Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dipercayai pemilik stor ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Kudat, Nazatul Shima Karim, berkata tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Pulau Banggi.
