KPDN Labuan sita 80,000 Minyak diesel Bernilai RM320,000

LABUAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan merampas disyaki minyak diesel sebanyak 80,000 liter bernilai RM320,000,00 dalam satu operasi Ops  Tiris di sebuah jeti Jalan Mardeka di sini semalam.

Pengarahnya, Junaidah Arbain berkata, hasil serbuan itu pihak nya telah menjumpai sejumlah 80,000 disyaki minyak diesel  dalam empat tangki di atas kapal berkenaan.

“Seorang lelaki tempatan berumur 70 tahun dipercayai Salah seorang krew kapal berkenaan ditahan untuk membantu siasatan”, katanya dalam satu kenyataan media disini, hari ini.

Menurutnya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kewalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.

“Mengikut di Bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta122) mana mana individu yang disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua dua nya.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” jelas Junaidah.