Komitmen tinggi pastikan BN menang di PRN Melaka – Bung Moktar

MELAKA:  Semangat permuafakatan kukuh serta komitmen tidak berbelah bagi mampu menghasilkan keputusan cukup bermakna kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemenangan BN menjelang PRN kali ini dilihat mampu memberi impak positif kepada seluruh rakyat di negeri itu.

Katanya, semua jentera parti perlu menunjukkan komitmen tinggi sehingga ke tarikh pengundian meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa kempen PRN Melaka.

“Kita melihat sokongan dalam kalangan rakyat ahli UMNO di Melaka ini khususnya kepada calon BN begitu tinggi. Ini merupakan petamda baik untuk memenangkan calon dengan semangat biru kini membanjiri seluruh Melaka dalam PRN ini,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan Mesyuarat UMNO cawangan Kampung Sembok dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Duyong, di sini hari ini.

Turut hadir, Calon BN DUN Duyong   Mohd Noor Helmay Abdul Halem.

Bung Moktar berkata, kesepakatan seluruh rakan parti komponen BN, yakin akan memberikan keputusan positif menjelang musim pengundian pada 20 November ini