33 C
Kota Kinabalu
Sunday, June 4, 2023

Komitmen Kerajaan Pusat Selesai Masalah Air Tidak Jejas Bidang Kuasa Sabah – Armizan

KUALA LUMPUR: Komitmen Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu bekalan air di Sabah tidak akan mengganggu gugat hak, bidang kuasa dan kepentingan kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata perkara itu selari dengan Senarai IIA Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

“Air adalah salah satu bidang kuasa negeri, (sebagaimana terkandung dalam) senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Jadi tak perlu risau, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Tambun (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan sentiasa menghormati hak dan juga kepentingan negeri termasuklah bidang kuasa tambahan kepada Sabah dan Sarawak,” katanya dalam laporan BH Online hari ini

Beliau menjawab soalan Lo Su Fui (GRS-Tawau) yang ingin tahu komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah sebagaimana dinyatakan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan komitmen kerajaan dalam usaha mengatasi masalah air yang dihadapi rakyat Sabah.

Sementara itu kerajaan Sabah sedang memuktamadkan senarai permintaan yang akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah air di negeri itu.

Armizan berkata perkara itu akan dibawa kepada Perdana Menteri dan kementerian bertanggungjawab.

“Difahamkan perundingan telah pun bermula sebaik sahaja komitmen (disuarakan) Perdana Menteri. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah adakan perundingan dengan Kelantan.

“Sabah juga, kerajaan negeri tengah memuktamadkan ‘wishlist’ mereka untuk dikemukakan,” katanya.

Perdana Menteri sebelum ini memberi komitmen Kerajaan Persekutuan akan berusaha menangani masalah air di Kelantan dan Sabah, meskipun ia membabitkan perbelanjaan besar.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles