KJJ sambut baik langkah SESB tambah baik kebajikan menerusi MoU dengan lima hospital swasta

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sentiasa prihatin dengan kemudahan dan kebajikan angota kerja.

Antara kemudahan yang terus diberikan perhatian ialah kemudahan perubatan kepada anggota kerja dan keluarga mereka yang layak berdasarkan kepada peraturan sedia ada.

Sudalli Sabtuahim

Justeru itu, Kesatuan Jurutera-Jurutera (KJJ) SESB menyambut baik langkah yang diambil oleh SESB untuk menambah baik tawaran yang diberikan oleh hospital swasta yang dilantik sebagai panel perubatan SESB.

Yang Di-pertuanya, Ir.Ts Sudalli Sabtuahim berkata usaha yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan SESB menunjukkan SESB mengambil berat kebajikan anggota kerja.

SESB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan Setiausaha Syarikat Zunaidah Osman telah menandantangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama lima hospital swasta iaitu Hospital KPJ Kota Kinabalu, Hospital Gleanegals, Hospital Jesselton, Hospital Raflesia dan Pusat Perubatan Tawau, hari ini.
Sudalli juga berkata tidak ada penarikan balik kebajikan dan kemudahan yang telah sekian lama dinikmati oleh segenap lapisan anggota kerja SESB.

“Perubahan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan hanya melibatkan kemaskini tatacara bagi mengoptimakan kos operasi syarikat,” katanya.

Menurutnya KJJ dan pihak pengurusan SESB sentiasa seiring dalam memastikan kebajikan dan kemudahan anggota kerja sentiasa terjaga, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan SESB serta pembangunan negeri khususnya dalam memberikan bekalan tenaga yang berdaya harap untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.