KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa pagi mengadakan ‘Breakfast Meeting’ bersama Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M.Yahya, Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha DUN Sarawak, Nur Azhar Bujang.
Hadir sama Jurutulis DUN Johor, Zarina Abdul Kadir, Zuwislan Awang (Terengganu), Mawar Awang (Perlis) dan Rafidah Maqbool Rahman (Sabah).
Mereka berada di Sabah menghadiri Persidangan Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan DUN Se-Malaysia kali pertama di Kota Kinabalu dari 8 hingga 10 Ogos.
Persidangan dua itu dirasmikan oleh Kadzim pada 8 Ogos 2024 di bangunan DUN Sabah.
