PUTATAN : UMNO Sabah kini berhati-hati serta hanya menjalinkan kerjasama dengan parti yang akan menghormati perjanjian yang telah dimeterainya.
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata, adalah sesuatu yang mustahil bagi UMNO Sabah akan bekerjasama dengan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang.
Katanya, berpegang kepada kenyataan media Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum ini agar UMNO Sabah perlu bersikap lebih berhati-hati.
“Pengalaman pahit pernah dilalui UMNO Sabah sebelum ini turut memberikan pengajaran kepada kita untuk tidak menjalin kerjasama dengan parti yang tidak menghormati perjanjian
“Agak mustahil bagi UMNO untuk menjalin kerjasama dengan parti gabungan yang tidak ada kesetiaan, keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah,” katanya hari ini.
Jeffery merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan mengulas kenyataan media Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor menyebut tidak mustahil GRS akan bekerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRN17 akan datang.
Menurutnya, wakil UMNO dalam barisan Kabinet Sabah sekarang diletakkan sebagai Pembantu Menteri hanya sekadar mengeburi mata rakyat sekali gus di tempatkan pada kementerian yang tidak penting.
“Pelantikan ini dibuat atas dasar kesukaan Ketua Menteri bukanlah lantikan secara telus dan professional kerana ia lebih kepada mengambil hati Perdana Menteri disamping mengemburi mata rakyat Sabah.
“Memang unik Kabinet Kerajaan GRS, keunikanya ialah melantik ADUN lantikan dari parti pembangkang di peringkat Pusat termasuk PAS serta Parti Maju Sabah (SAPP).
“Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) serta merupakan Timbalan Pengerusi GRS, pada masa sama menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat. Jadi macam mana kita meyakini keikhlasan kerajaan seperti ini, kata Jeffery.
Ketika mengulas kenyataan status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat Datuk Shahelmey Yahya merupakan wakil UMNO dalam kabinet Sabah Jeffery berkata, kenyataan Bung Moktar sebelum ini jelas Shahelmey bukan mewakili UMNO Sabah kerana Lembaga dispilin mengambil tindakan mengantung keahlianya.
“Jika tidak ada undang-undang Anti Lompat parti, saya yakin Shahelmey Yahya pun sudah menyertai GRS sekali gus meninggalkan UMNO,“ tambahnya.