KUALA LUMPUR : Kekuatan sebuah parti sangat bergantung kepada budaya kerja berpasukan sekali gus bukannya bergantung kepada seseorang individu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, budaya berjemaah merupakan kunci segala-segalanya yang perlu diterapkan kepada anggota parti.
Katanya, kekuatan UMNO adalah kekuatan budaya kerja berpasukan dan jika ini menjadi amalan institusi parti akan kukuh apabila berhadapan dengan pilihanraya.
“Kita memuji budaya kerja berpasukan ditunjukkan kepimpinan Umno Wanita,Pemuda dan Puteri yang telah melaksanakan tugas
“Sudah tentu tanggunjawab serta komitmen ini mempastikan kemenangan calon BN Mohd Azmawi Abdul Ghani dalam PRK DUN Nenggiri baru baru ini,” katanya di sini hari ini.
Mohd Rafi merupakan Ketua Umno Bahgian Labuan berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa majlis taklimat Presiden bersama perwakilan Umno kelmarin menghargai peranan kesungguhan jentera parti berkempen bagi mempastikan kemenangan BN dalam PRK di DUN Nenggiri.
“Kepimpinan tertinggi Umno,Ketua Ketua Umno bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan misi kemenangan pada PRK kali ini.
“Dalam apa jua keadaan pentingnya kesatuan, kerjasama, dan kerja keras dalam usaha mencapai kejayaan bagi memastikan UMNO hari ini terus mengorak langkah ke depan,” jelas Mohd Rafi.
Menurutnya, pemimpin serta ahli parti perlu fokus pada masa depan, semangat baharu, dan kerja keras adalah kunci untuk mengembalikan mandat rakyat dan memastikan kejayaan politik yang berterusan.
“Jadi sekarang ini kita tidak perlu lagi bernostalgia dengan kisah lama, sebaiknya kita bersama-sama bergerak ke depan.
“Nostalgia dan sejarah mungkin boleh menjadi sempadan kepada kita dan kita sama-sama pandang ke hadapan,” kata Mohd Rafi.