LABUAN : Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) memeterai memorandum perjanjian persefahaman (MoU) bersama Pusat Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa India (IFSCA).
Ini berujuan memupuk kerjasama mengukukan perkhidmatan kewangan yang lebih mampan untuk kedua-dua negara.
Majlis menandatangani MoU itu diadakan di New Delhi India sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India baru baru ini.
Majlis diadakan dalam suasana harmoni itu saksikan Perdana Menteri Malaysia dan India yang secara langsung mencerminkan kepentingan perjanjian tersebut telah mengukuhkan hubungan baik antara kedua-dua negara.
Ketua Pengarah Labuan FSA, Nik Mohamed Din Nik Musa dalam satu kenyataan berkata, MoU itu mewujudkan rangka kerja komprehensif bagi kerjasama rentas sempadan termasuk perkongsian maklumat.
Katanya, ini termasuk kerjasama pengawal selain serta sokongan bersama dalam meningkatkan integriti, kecekapan dan kewangan membabitkan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan ( Labuan IBFC) dengan IFSCA.
“Perjanjian ini turut merangkumi pembangunan pasaran kewangan, dengan tumpuan kepada latihan, bantuan teknikal dan kawal selia produk kewangan.
“MoU ini bukan sahaja dapat merangsang kestabilan kewangan serantau yang lebih mampan tetapi juga menandakan satu kejayaan penting dalam kerjasama Antarabangsa antara Labuan FSA dan IFSCA,” katanya.
Nik Mohamed Din berkata, pakatan strategik antaraLabuan FSA dan IFSCA merupakan satu langkah penting kehadapan dalam mengukukan hubungan antara Malaysia dan India sambil memajukan sektor perkhidmatan kewangan kedua-dua negara.
