Kerajaan timbang cadangan Model Ekonomi Sabah baharu – Hajiji

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan kajian mengenai Model Ekonomi Sabah baharu oleh Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Kajian Pembangunan (Sabah).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pihaknya terbuka kepada cadangan itu bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri dengan lebih baik.

“Kita menggesa SEAC untuk menjalankan kajian yang menyeluruh melalui penglibatan dengan semua kementerian negeri dan pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diberi taklimat mengenai cadangan tersebut di Menara Kinabalu di sini semalam.

Hadir dalam taklimat tersebut ialah Setiausaha Negeri Datuk Safar Untong, Ahli SEAC diketuai Pengerusi Tan Sri David Chu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif IDS Profesor Datuk Dr Ramzah Dambul.