Kerajaan Negeri sekarang dikenali sebagai GRS-BN – Hajiji

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor tidak ragu-ragu dengan cadangan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk kerajaan negeri sekarang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nsaional (GRS-BN).

“Malah, ini (dipersetujui) sebelum pilihan raya negeri lalu yang akan disertai oleh pakatan GRS- BN walaupun ia (BN) adalah perikatan lain dan tidak boleh berada dalam GRS.

“Tetapi dalam kerajaan negeri ia berbeza, ia adalah pakatan antara GRS dan BN.

“Jadi mulai hari ini kita akan panggil Kerajaan Negeri GRS-BN,” kata Hajiji yang ialah pengerusi pro tem GRS ketika ditemui selepas lawatan kerja di Tamparuli, hari ini.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri membuat gesaan itu selepas GRS secara rasmi berdaftar sebagai gabungan politik yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Sebelum pendaftarannya, GRS terdiri daripada Perikatan Nasional, BN dan PBS.

Komponen BN ialah Umno, MCA, MIC dan PBRS.

Walaupun BN bukan sebahagian daripada GRS yang didaftarkan secara rasmi, Bung Moktar telah berkata tetap menyokong kerajaan Negeri GRS serta sebahagian daripada pakatan politik yang memenangi pilihan raya negeri yang lalu.

Bung Moktar telah berkata bahawa adalah tidak adil jika BN tidak disebut sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Kami menyokong kepimpinan GRS dalam mentadbir negeri,” kata Bung Moktar.