Kerajaan negeri agih 45 bot kepada Bomba, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini mengagihkan 45 bot untuk kegunaan operasi menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Penyerahan aset berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di perkarangan Menara Kinabalu, di sini.

Hajiji menyerahkan kunci sebagai simbolik penyerahan bot kepada bomba. Gambar JKM.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 bot diagihkan kepada JBPM, manakala selebihnya kepada JPBD di 12 daerah.

Enam daripada daerah terbabit iaitu Pitas, Kota Marudu, Penampang, Tenom, Beaufort and Paitan, masing-masing menerima tiga bot.

Daerah selebihnya iaitu Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Tuaran, Sipitang dan Tongod pula masing-masing menerima dua bot.

Turut menyaksikan penyerahan aset berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan Sahari.