PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri hari menafikan satu kenyataan media yang tular memaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melepaskan jawatannya.
Seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri, berkata kenyataan itu dianggap palsu sekiranya ia tidak dimuat naik ke akaun Facebook (FB).
“Macam amalan biasa semua kenyataan dikeluarkan di laman FB, jika tiada boleh anggap sebagai palsu. ‘And yes, itu (kenyataan) fake,” katanya kepada pemberita laporan Berita Harian hari ini.
Kenyataan media yang menggunakan logo Jata Negara itu tersebar di media sosial hari ini. Ia turut menggunakan nama Pejabat Perdana Menteri bertarikh 10 Julai 2021.