38 keluarga mangsa ribut Tawau terima bantuan

TAWAU: Seramai 38 keluarga mangsa kejadian ribut di Kampung Titingan dekat sini pada Isnin lepas (5 Julai) mengakibatkan rumah atas air mereka rosak, menerima bantuan wang tunai RM200 bagi membaiki atap zink rumah mereka dan bantuan bakul makanan hari ini.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata turut menerima bantuan sama tiga keluarga mangsa ribut membabitkan rumah mereka di Batu 4 Jalan Apas dekat sini.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka, syukur dalam kejadian ribut itu tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya selepas menyampaikan bantuan itu di Kampung Titingan di sini hari ini.

“Waktu itu kami sekeluarga sedang tidur. Alhamdulillah saya bersama isteri dan seorang cucu selamat,” katanya dari Kampung Titingan.

Malanuku mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin terhadap penduduk yang ditimpa musibah.

— BERNAMA