29 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

Kempen derma darah UMS dapat sambutan

KOTA KINABALU: Kempen derma darah anjuran Sekretariat Kebajikan, Keselamatan dan Kesihatan (3K) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Rafae Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

Setiausahanya, Nur Daniyah Ab Kal berkata, kempen tersebut diadakan selama dua hari dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.

Kempen derma darah UMS dapat sambutan.

“Ia antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan seluruh penderma tentang bagaimana tindakan menderma darah boleh menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

“Selain itu ia juga bagi mendidik sifat prihatin dalam kalangan mereka sekali gus membantu mengisi tabung darah QEH,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Daniyah, kempen derma darah itu telah mendapat sambutan yang mengalakkkan.

Kempen darah UMS dapat sambutan.

“Pada hari pertama, kita menyasarkan seramai 20 penderma. Namun yang hadir adalah seramai 65 penderma tetapi hanya 32 yang berjaya melalui saringan kesihatan.

“Pada hari kedua, kita menerima 93 orang penderma daripada sasaran awal seramai 30 orang. Daripada jumlah tersebut hanya 46 orang yang diterima selepas melalui saringan kesihatan.

“Ini menjadikan seramai 78 penderma keseluruhan iaitu melebihi sasaran sebanyak 50 penderma bagi sepanjang dua hari kempen ini berlangsung,” katanya.

Daniyah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang kempen derma darah itu diadakan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan QEH, pengurusan Kolej kediaman Tun Pengiran Ahmad Rafae UMS, dan kepada semua penderma darah yang hadir,” katanya.

 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles