Kekalkan sifat kasih sayang, bermuafakat sambut lebaran – Mohd Rafi

LABUAN : Ketua Umno bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hasaan  berharap sifat kasih sayang dan bermuafakat yang tersuntik di dalam bulan Ramadan ini dapat dikekalkan pada bulan mendatang.

Beliau berkata, Ramadan juga adalah waktu untuk menghargai masa bersama keluarga  rakan-rakan dan sebagai pemimpin sudah tentu rakyat di peringkat akar umno yang dapat mendidik jiwa, dan bukan hanya menahan lapar semata-mata.

“Saya selalu melihat dan merasakan kemeriahan hidup bermasyarakat baik di kampung dan bandar. Melalui program-program ziarah yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini.

“Kita dekat dengan denyut nadi rakyat menyalami masalah mereka. Harapan saya moga sifat kasih sayang dan bermuafakat ini dapat dikekalkan,” katanya di sini hari ini.

Mohd Rafi merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno turut mengingatkan rakyat khususnya di Pulau Bebas cukai itu agar berhemah berbelanja ketika menyambut hariraya Aidilfitri tahun ini.

Katanya, negara masih dalam pemulihan ekonominya setelah terjejas dengan penularan Covid19 beberapa tahun lepas yang sedikit sebanyak turut menjejaskan ekonomi negara dan turut memberikan kesan kepada rakyat.

“Umno Labuan sedar keadaan ini, kerana itu sepanjang Ramadan ini kita turut padang menyampaikan sumbangan yang termampu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan beban kewangan mereka,” jelas Mohd Rafi.