Pembuangan sisa toksik jenis Sodium Cynide dirujuk ke Jabatan Alam Sekitar Sabah – Polis

TAWAU : Polis akan merujuk kes pembuangan sisa toksik (tidak terawat) jenis Sodium Cynide kepada Jabatan Alam Sekitar Sabah bagi aktiviti perlombongan emas yang terketak di Bukit Mintri, Balung, Tawau.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Champin Piuh berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung pembuangan sisa air lombong terus ke sungai berhampiran.

Katanya, laporan tersebut diterima daripada seorang lelaki tempatan berumur 62 tahun mendakwa tindakan syarikat membuang sisa toksik dipercayai boleh mengakibatkan pencemaran air sungai berkenaan.

Katanya, pihak Jabatan Siasatan Jenayah menjalankan siasatan mendapati tiada unsur kejadian jenayah dan kes ini diklasfikasikan dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar Sabah dan Mahkamah.

“Laporan polis di terima jam 9.19 pagi semalam di Balai Polis Sri Indah Tawau berikutan tersebut sebuah kilang menjalankan aktiviti perlombongan emas terketak di Bukit Mintri, Balung, Tawau,” katanya kepada Sabah News Today hari ini.

Semalam Sabah News Today mendapat maklum berikutan satu laporan polis berikutan tindakan sebuah Syarikat Wullersdorf Resources Sdn Bhd telah membuang sisa toksik (tidak terawat) jenis Sodium Cynide.

Kegiatan syarikat terbabit didapati membuang daripada tempat menyimpan hempas kilang mereka melimpah ke tanah milik Southsea Gold Sdn Bhd yang terletak di dalam hutan simpan kelas satu.