KEBAL dinobat Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2024 peringkat Labuan

LABUAN : Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) di nobat johan bagi kategori Pertubuhan  Anugerah Perdana Belia Negara (APBN)  sempena Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan kemenangan itu KEBAL menerima  hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil penghargaan disamping akan mewakili Labuan ke peringkat Kebangsaan.

Naib johan dimenangi oleh Kelab Belia Lubok Temiang (KBLT) untuk menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan dan sjili penghargaan.

Sementara itu, Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Kampung Pohon Batu (GABPOBA) ditempat ketiga bagi menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

.

Bagi kategori individu lelaki, Anugerah Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024, johan disandang  oleh Ahmad Sofi Awang Sofien untuk menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan,  naib  johan dimenangi oleh Edzanfauzan Tamin dan tempat ketiga jatuh kepada  Ts. Ahmad Nazri Jamal masing masing menerima hadiah wang tunai RM 1,500 dan RM500 beserta piala iringan dan sijil.

Bagi kategori individu wanita, johan dimenangi oleh Aina Aiza Rosli, naib johan dan tempat ketiga masing masing Breda Wong Xioa Ting dan Nur Mirza Rasiqah Nizam.

Sementara itu, majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara 2024, peringkat Labuan dan penyampian hadiah  Anugerah Perdana Belia Negara disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.

Sambutan Hari Belia Negara peringkat Labuan yang diadakan selama dua hari yang berakhir hari ini menyaksikan pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk pameran gerai oleh angensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO’s).