25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

JKR sediakan pusingan U di laluan Lebuhraya Pan Borneo Sepanggar-Bulatan Berungis – Bung

KOTA KINABALU: Kerajaan sudah menyediakan pusingan U secara sementara untuk beberapa lokasi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di kawasan Sepanggar.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tuduhan mengatakan kerajaan tidak menyediakan kemudahan dilihat boleh mengelirukan rakyat, selain menyukarkan kerja-kerja pembinaan di lokasi terbabit.  

Katanya, beliau menerima aduan dibuat daripada pihak pembangkang mereka mendakwa laluan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sepanggar hingga ke Bulatan Berungis, Sepanggar tidak disediakan pusingan U.

“Sebenarnya, terdapat pusingan U secara sementara telah di bina di lokasi yang dimaksudkan dan tuduhan laluan sepanjang 12 kilometer tanpa pusingan U itu adalah salah dan tidak berasas.

“Mereka ini tidak faham dan cuba mengelirukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya berkata, sambil mengakui banyak cabaran terpaksa dihadapi kontraktor pelaksana projek ini bagaimanapun mereka mengabaikan aspek keselamatan serta keselesaan pengguna terutama diwaktu puncak.

“Kita berharap orang ramai bersabar semasa tempoh pembinaan ini dan sentiasa mematuhi papan tanda amaran semasa memandu di kawasan pembinaan,” katanya.

Bung Moktar mengulas kenyataan dikeluarkan Penasihat Komuniti Cina Sepanggar semalam mendedahkan terdapat kesukaran pengguna lalu lintas untuk menggunakan laluan alternatif di lokasi sepanjang seksyen Sepanggar ke Bulatan Berungis, ekoran tidak mempunyai pusingan U.

Dalam kenyataan, ketiadaan kemudahan terbabit menyebabkan gangguan trafik yang teruk terutamanya pada waktu puncak sekali gus meminta kerajaan berbuat sesuatu untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles