PAPAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar semua jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta di peringkat kerajaan tempatan atau ketua kampung hendaklah terus dikekalkan.
Katanya, ini sebagaimana yang sudah dipersetujui sekali gus tidak perlu wujud pertukaran jawatan disebabkan perkara yang menjadi titik tolak antara semenanjung dan Sabah.
“Kita sangat mengharapkan agar jawatan yang diberikan kepada UMNO Sabah akan dikekalkan seperti yang telah dipersetujui.
“Ini merupakan azam kami, itulah apa yang telah ditandatangani antara kami dengan mereka dan ini harus dikekalkan sekali gus tidak diubah atau digugurkan berikutan terdapat sedikit pergolakan baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.
Ketika mengulas perkembangan terbaharu Zahid merupakan Presiden UMNO berkata, beliau mahu supaya tempoh bertenang disarankan sebelum ini diteruskan bagi mewujudkan situasi stabil di Sabah sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Katanya, kerajaan perpaduan yang wujud di peringkat kerajaan pusat dan Sabah terjalin dengan erat bukan sahaja diterjemahkan menerusi peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga penting dalam hubungan antara parti yang mendokong kerajaan Perpaduan terutama di negeri ini.
“Kita dulunya berada di dalam fasa yang tenang atau di dalam tahap ketenangan. Kita terus berhasrat untuk mewujudkan situasi yang tenang itu antara pelbagai parti di Sabah ini.
“Untuk UMNO sendiri saya telah memberitahu rakan-rakan saya daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh mengugat perasaan atau mengguris hati mana-mana pihak” katanya.
Menurutnya, terdapat beberapa langkah penyelesaian dilakukan dan UMNO/BN dalam mencari kaedah yang terbaik supaya kerajaan yang ada di Sabah ini terus dikekalkan sehingga PRN akan datang.