26 C
Kota Kinabalu
Friday, March 24, 2023

Jangan ulangi peristiwa hitam, BN mesti menang dalam PRU15 – Bung Moktar

BUKIT GARAM: Rakyat diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga berlakunya tiada satu parti dominan menjadi kerajaan.

Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kesilapan memilih ini menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik negara sehingga kini.

Katanya, keadaan ini tidak memberi gambaran baik apabila kerajaan memerintah terumbang-ambing sekali gus menyebabkan kesan dalam pembangunan serta ekonomi di negara ini.

“Kita sudah melihat cara pemerintahan parti lawan sehingga mereka mengambil alih tapuk pemerintahan negara selama 22 bulan. Namun mereka ternyata gagal dalam melaksanakan seperti yang dijanjikan kepada rakyat.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertekad memastikan kerajaan yang dibentuk selepas PRU-15 nanti adalah sebuah kerajaan stabil demi kemakmuran serta kepentingan rakyatnya.

“Oleh itu, untuk menang kita mesti berkerja cara menang bukannya melaksanakan tugas diamanahkan secara sambil lewa…Dekatilah ahli dan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat  Bekelompok Cawangan Umno Zon Bukit Garam di sini semalam.

Bung Moktar berkata, ketika ini momentum dalam kalangan ahli parti berada pada tahap tinggi sekali gus bersiap sedia untuk berhadapan dengan PRU15 dijangka aakan diadakan pada bila-bila masa.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles