Isu kemudahan prasarana air, elektrik, jalan raya di Sabah perlu pendekatan komprehensif ikut kawasan dan keperluan setiap daerah – Noraini

KUALA LUMPUR: Isu kemudahan prasarana seperti masalah air, elektrik dan jalan raya terlalu kompleks yang memerlukan pendekatan lebih komprehensif mengikut kawasan dan keperluan setiap daerah.

Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Noraini Idris berkata meskipun pertumbuhan ekonomi pastinya ada, namun ia berlaku secara perlahan dan tidak menyeluruh

Katanya hal ini menyebabkan Sabah ketinggalan dalam pelbagai aspek infrastruktur dan perhubungan terutama luar bandar selain pembangunan dibuat secara selektif berdasarkan keadaan geografi dan demografi.

“Melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.66 bilion bagi Sabah untuk pembangunan ekonomi dan kesejahteraan penduduk Sabah.

“Namun ianya belum dapat menyelesaikan isu prasarana yang masih keterbelakang dan sudah tentu impaknya boleh menjejaskan potensi Sabah untuk mendapat dan meluaskan peluang menarik pelabur asing,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Dewan Negara, semalam.

Beliau berkata rakyat Sabah sangat berterima kasih dengan kesudian Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan rombongan melaksanakan Kembara Kenali Borneo.

Katanya melalui Kembara ini, Agong dan Raja Permaisuri mendengar sendiri keluhan rakyat Sabah yang masih dibelenggu masalah prasarana.

Menurutnya sehingga kini proses pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dari Sindumin ke Kudat dan Tawau masih pada tahap 74 peratus bagi fasa 1A dengan jarak 318 kilometer.

“Berdasarkan kajian separuh penggal RMK-12, pembinaan lebuh raya ini diteruskan fasa 1B membabitkan 388 kilometer..oleh demikian apakah halangan dan kekakangan dihadapi dalam menyiapkan Fasa 1A ini,” katanya.

Dalam pada itu, Norani yang juga Ketua Wanita UMNO Sabah berkata pada RMK-12 telah disasarkan pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar berturap sepanjang 700 kilometer di Sabah dan 700 kilometer di Sarawak.

                                                                                                                                                                                    Tetapi sehingga kini, katanya, hanya 110.5 kilometer kerja naik taraf jalan raya di Sabah dan

65.3 kilometer di Sarawak.

“Persoalannya apakah halangan dan kekangan masih belum capai 1.3 peratus prestasi kemajuan..sedangkan Jabatan Kerja Raya Sabah diberi kuasa meluluskan projek dibawah RM50 juta untuk tujuan ini.

“Apakah tindakan khusus diambil oleh Kerajaan untuk mencapai sasaran ini dibawah RMK-12 yang masih ada baki dua tahun lagi,” kata Noraini.