SEMPORNA : Seramai 11 warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan melalui ‘Ops Sapu dan Selera’ dijalankan di sekitar Semporna baru-baru ini.
Menurut kenyataan Bahagian Kualiti Dan Komunikasi Korporat
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah berkata, sepanjang operasi tersebut 12 individu diperiksa manakala tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan.
Katanya, dua orang lelaki dewasa merupakan warganegara China serta seorang lelaki dewasa warga Pakistan berjaya ditahan.
“Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan Imigresen 1963.
“Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu pada 10 hingga 11 Jun lalu menyasarkan beberapa premis makanan di kawasan tumpuan awam di sekitar kawasan Pekan Semporna,” katanya menerusi di laman rasmi Facebook hari ini.
Menurutnya, semasa pemeriksaan di premis makanan mendapati terdapat sembilan individu diperiksa manakala lapan PATI berjaya ditahan.
“Imigresen Sabah akan terus mengambil tindakan terhadap individu atau pihak melindungi atau menggaji PATI.
“Kita menyeru kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka,” jelasnya.