LABUAN: Tujuh pendatang asing (Filipina) tanpa izin berjaya ditahan oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan dalam satu operasi yang dijalankan di sini pada Selasa.
Pengarahnya, Raymond Entalai berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia empat hingga 37 tahun itu merupakan antara 38 individu yang diperiksa dalam operasi tersebut yang melibatkan kediaman, premis serta pusat hiburan.

“Kesemua 38 individu diperiksa terdiri daripada 13 lelaki dan 11 wanita warganegara Malaysia serta empat lelaki dan 10 wanita warganegara Filipina.
“Daripada jumlah itu, tujuh warganegara Filipina ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan kesemua mereka dibawa ke depot Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut” katanya dalam satu kenyataan di sini.

pendatang izin asing ditahan.
Raymond berkata, tindakan penguatkuasaan dilakukan susulan aduan awam berkaitan warga asing yang tinggal, bekerja dan berada di sini tanpa memiliki pas dan dokumen pengenalan diri yang sah serta tamat tempoh.
Jelasnya lagi, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang diberikan.

pendatang izin asing ditahan.
“ Tindakan pendakwaan juga akan dikenakan terhadap majikan serta pemilik premis yang menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah.
“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak daripada RM 50,000.00 atau di penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua duanya sekali,” jelas Raymond.
Menurutnya, operasi yang bermula sekitar jam 10 pagi hingga 10.15 malam itu melibatkan lapan pegawai dan anggota lain lain pangkat.