Hajiji terima kunjungan Jawatankuasa Induk SUKMA Sarawak

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak.

Kunjungan tersebut diketuai Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada di sini hari ini.

Selain memberi taklimat persiapan Sarawak, Abdul Karim turut menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Hajiji untuk menghadiri majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak diadakan pada bulan Ogos dan Para SUKMA yang akan diadakan sebulan kemudian.

Hajiji berkata, Sabah akan menghantar kontinjen terkuat menyertai SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak bagi memberi saingan hebat kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.

Beliau yakin penganjuran SUKMA kali ini akan adalah dengan baik kerana Sarawak boleh melakukan yang terbaik.

Sementara Abdul Karim berkata, SUKMA XXI Sarawak hanya tinggal 58 hari lagi dan segala persiapan sudah cukup teratur dengan temasya itu akan diadakan di 9 bahagian negeri Sarawak.

Katanya, Sabah merupakan negeri terakhir yang dikunjungi Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI selepas mengunjungi semua negeri termasuk Negara Brunei Darussalam.