LABUAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyumbang sebanyak 10 kepala singa kepada persatuan dan tokong yang berdaftar di Labuan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024.
Majlis penyerahan kepala singa tersebut di sempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2024 dan Penyerahan Kepala Singa kepada Persatuan dan Tokong di Labuan di sini, pada, kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi Dewan Pernigaan Cina Labuan (LCCC) Datuk Wong Kii Yii, Pengerusi Dewan Perniagaan India Labuan Datuk Dhalip Singh, Ketua PBS Labuan Datuk Peter Mak dan Ketua Kampung Sungai Keling Goh Siew Liang.
Terdahulu Suhaili ketika berucap pada majlis itu, menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sumbangan Kepala Singa untuk persatuan dan tokong tokong yang terdapat di Labuan.
Sumbangan itu, katanya, selari dengan tema Malaysia MADANI yang mengutamakan perpaduan dan memelihara kepelbagaian adat resam dan perayaan setiap kaum yang ada di negara ini tanpa sebarang prasngka dan prejudis di kalangan masyarakat.
Pada majlis itu, Suhaili turut menyumbang sebanyak RM1,000 kepada setiap persatuan dan tokong yang hadir pada malam itu.