Hajiji menyaksikan tiga penyerahan dividen di Menara Kinabalu hari ini

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini menyaksikan tiga pembayaran dividen bagi tahun berakhir 2023 di Menara Kinabalu.

Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) merupakan pertama membayar dividen RM3.5 juta kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM147 juta kepada syarikat induknya, Yayasan Sabah.

Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya menyampaikan cek replika kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong bagi pihak Kerajaan Negeri.

Jasnih turut menyerahkan cek replika pembayaran dividen RM147 juta daripada ICSB kepada pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Pengerusi Angkatan Hebat Sdn Bhd Datuk Rahim Ismail Angkatan Hebat Sdn Bhd menyerahkan cek replika itu kepada Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusuf Yacob disaksikan Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM4.681 juta.

Sementara itu, Hajiji menyaksikan penyampaian dividen daripada Saham Sabah Berhad (SSB) berjumlah RM7.3 juta kepada Kerajaan Negeri.

Cek replika daripada Saham Sabah Berhad disampaikan Pengerusinya, Datuk Rusdin Riman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.