TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Bulan Sabit Merah Malaysia negeri Sabah di Dewan Seri Sulaman, di sini semalam.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M.Jasni berkenan menghadiri majlis itu serta menyampaikan anugerah kepada penerima.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyampaikan Anugerah Sumbangan/Aktif Semasa Pandemik COVID-19 kepada BSMM Daerah bersama Sijil Penghargaan kepada Penderma Budiman serta Penaja.
Majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2022.