Hajiji bertemu dan bertanya khabar rakyat di Foh Sang

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor meluangkan masa untuk bertemu dan bersalaman dengan rakyat di pasar malam Tahun Baharu Cina Foh Sang, malam tadi.

Beliau diiringi Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan Datuk Chan Foong Hin, Ahli Dewan Undangan Negeri Likas Tan Lee Fatt, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan ketua-ketua masyarakat.

Hajiji bertemu dan bertanya khabar rakyat di Foh Sang.

Selepas melawat pasar malam, Ketua Menteri turut meluangkan masa minum di salah sebuah kedai kopi.

Terdahulu, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada orang ramai dan berharap tahun Naga akan membawa kemakmuran kepada semua.