LAHAD DATU: Seorang warga emas wanita berusia 102 tahun merupakan moyang kepada 117 orang cicit berjaya melengkapkan dos kedua suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Lahad Datu di sini rabu.
Warga emas tersebut Nenek dikenali sebagai Hairan Binti Bariya, ibu kepada 10 orang anak dan nenek kepada 84 cucu itu dilihat gembira berikutan melengkapkan suntikan vaksin dos kedua jenis Pfizer Biontech.
Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr Ridwan Hashim berkata, semangat warga emas tersebut perlu dijadikan contoh itu kepada orang lain terutama golongan muda untuk mendapatkan vaksin tanpa ragu-ragu.
Katanya, golongan lain perlu mencontohi nenek Hairan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 dalam tempoh terdekat.
“Kami menggesa orang ramai supaya menyokong usaha kerajaan melaksanakan untuk menjayakan program vaksinasi yang dianjurkan kerajaan.
“Kehadiran nenek Hairan ini secara langsung mampu menyuntik semangat kepada orang lain bagi mendapatkan vaksin COVID-19 di hospital. Jesteru kami menyeru agar semua individu terutamanya golongan warga emas segera mendapatkan vaksin di PPV yang disediakan,” katanya.
Ridwab berkata, pihak Hospital Lahad Datu tetap terus melaksanakan usaha kerajaan bagi menarik lebih ramai orang untuk mendapatkan suntikkan vaksin.
Selain membuat promosi untuk pendaftaran vaksin, pegawai perubatan di Hospital Lahad Datu itu akan membantu pesakit untuk membuat saringan kesihatan sebelum menerima suntikan vaksin.
“Setakat ini mengikut rekod Hospital Lahad Datu adalah antara PPV yang merekodkan jumlah tertinggi memberi suntikkan vaksin terutama golongan warga emas di negeri ini,” katanya.