Hadiah wang tunai RM10,000 menanti pemenang Cabaran Memancing Regata Lepa Semporna pada 19 November ini

SEMPORNA: Sejumlah RM10,000 hadiah wang tunai ditawarkan kepada peminat tegar aktiviti memancing sempena ‘Cabaran Memancing Regata Lepa Semporna 2023’ pada 19 November 2023, ahad, di sekitar perairan Semporna.

Menurut kenyataan rasmi jawatankuasa penganjur Cabaran Memancing Regata Lepa Semporna ini merupakan acara pertama kali dipertandingkan dengan kerjasama Portal online Sabah News Today. 

Katanya, selain memperkenalkan daerah Semporna sebagai lokasi pilihan utama pengemar sukan memancing aktiviti ini sekali gus dapat menggalakan orang ramai di seluruh negeri menyertai pertandingan ini.

“Kita menawarkan hanya 300 peserta sahaja menyertai pertandingan ini. Lokasi pertandingan nanti akan diumumkan semasa hari pertandingan pada 19 November ini.

“Semporna terkenal sebagai lokasi pelancongan, namun kita yakin aktiviti cabaran memancing ini adalah sebagai permulaan untuk dimasukkan dalam kalender tahunan penganjuran Regata Lepa Semporna nanti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Jawatankuasa Penganjur, kepada peminat tegar aktiviti memancing boleh mengisi penyertaan secara dalam talian melalui ‘Google Form’ dengan kadar yuran RM150 setiap satu penyertaan.

“Pertandingan berkonsepkan ‘Siapa Cepat dan Bertuah’ kerana hanya 300 peserta sahaja akan mengikuti pertandingan ini bermula jam 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

“Setakat ini kita sudah menerima lebih 100 penyertaan, oleh itu kepada peminat sukan memancing ayuh meriahkan Semporna sambil menikmati pelbagai aktiviti bersempena Regata Lepa Semporna 2023 nanti,” jelas kenyataan itu. 

Sila klik link ini untuk mengisi google form untuk menyertai Cabaran Memancing Regata Semporna

BORANG PENDAFTARAN MEMANCING REGATA LEPA 2023

Terhad kepada 300 orang sahaja

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfMVeBksWqS3oRkq7jEIyRK6NEXfwygsTT_medp2kudxXr3zA/viewform?usp=sf_link