KOTA KINABALU : Seorang lelaki berusia 36 tahun didenda RM32,000 atau penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana membawa sisa kosentrat emas untuk Mengangkut Mineral yang sah untuk diniagakan di Kedai Emas Sri Hawa, Raub Pahang.
Edwin James, 36, geologi sebuah syarikat berkaitan kerajaan, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.
Beliau menghadapi empat pertuduhan tersebut masing-masing dikenakan denda RM8,000 atas aktiviti penjualan emas bermula tahun 2020 hingga 2022 yang dilakukannya di Stesen Bas Ekspres Inanam.
Dia didakwa di bawah peraturan 6 (1) (c) Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Perlesenan) 2016.
Jika sabit kesalahan Edwin boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.