KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini sejak semalam menyebabkan 28 pembedahan bukan kecemasan yang dijadualkan hari ini ditunda ke tarikh lain, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin.
Beliau berkata perkhidmatan dewan bedah di HQE terpaksa ditutup pada hari ini dan esok untuk memastikan bekalan elektrik ke wad dan unit rawatan rapi sentiasa mencukupi serta stabil, manakala kes yang memerlukan pembedahan kesemasan pula akan dilakukan di HQE II di sini.
“Pada masa ini syarikat konsesi masih berusaha untuk membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sediakala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi memastikan perkhidmatan perubatan HQE tidak terjejas, pelan kontigensi telah dilakusanakan dengan memindahkan sebahagian pesakit lebih memerlukan, dan kes memerlukan pembedahan kecemasan ke HQE II.

– BERNAMA