KOTA KINABALU: Galeri Azman Hashim Universiti Malaysia Sabah (GAH-UMS) berjaya menganjurkan Program Seni@GAH: Pertandingan Mewarna dan Melukis Doodle Sempena Sambutan Hari Malaysia 2022 bertempat di GAH-UMS baru-baru ini.
Bertemakan Apresiasi Hari Malaysia: Keluarga Malaysia Teguh Bersama, program ini bertujuan untukmempertingkatkan semangat patriotik dan menyemaisemangat kasih sayang serta kecintaan kepada negara.
Program ini telah mendapat penyertaan daripada SekolahKebangsaan Kolombong, Sekolah Menengah KebangsaanKimanis, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, University College Sabah Foundation (UCSF) dan PersatuanSeni Visual Sabah (PSVS).
Menurut Pengarah GAH-UMS, Dr. Mohammad Puad Bebit, program ini merupakan aktiviti pengisian sempena sambutanHari Malaysia yang menjadi platform kepada peserta untukmempersembahkan hasil karya dan menggalakkan pesertamenghargai serta memperkasakan jati diri terhadap hasil karyayang bersifat patriotik.
Beliau berkata, program ini secara tidak langsung menjadisuatu sesi pertemuan antara pelukis seni doodle di Sabah.
“Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategorikhas mewarna poster bagi pelajar pendidikan khas SK Kolombong melibatkan seramai 44 pelajar.
“Bagi kategori A pula, seramai 30 pelajar tahap dua SK Kolombong terlibat yang dibahagikan kepada 10 kumpulan.Sementara kategori B, terbuka kepada penyertaan dari SMK Kimanis, IPG Kampus Gaya, UCSF dan PSVS melibatkanseramai 36 peserta yang dibahagikan kepada 9 kumpulan.
“Tempat pertama kategori khas dimenangi oleh Javier Moses John Charles, tempat kedua dimenangi oleh Nur HumaisarahAbdullah dan tempat ketiga, Noah Kevern Juvenil,” katanyaketika ditemui media sempena penyampaian hadiah kepadapemenang.
Katanya lagi, pemenang dalam kategori A melukis doodle (atas impraboard) dimenangi oleh kumpulan yang diketuaioleh Nuurul Hilmeeyah Mokhtar, tempat kedua kumpulanyang diketuai oleh Adeline Geneviev Vitalis dan tempat ketigakumpulan diketuai Akifa Naila Mohd Husni.
Jelasnya, bagi kategori B pertandingan melukis doodle (atasblok papan) telah dimenangi kumpulan yang diketuai Nur Syafiqah Izati Nilman dan tempat kedua dimenangi oleh kumpulan yang diketuai Albright Liggahan dari SMK Kimanis, manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan dariIPG Kampus Gaya yang diketuai Hamdi Sapirin.
Penilaian pertandingan dilakukan juri jemputan iaitu Dr. Junior Kimwah dan Dr. Lilian Lee Shiau Gee, kedua-duanyapensyarah di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), UMS.
Semua pemenang menerima hadiah berbentuk wang tunai, hamper dan sijil penyertaan.