PAPAR: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) tidak akan menjalinkan hubungan kerjasama dengan parti yang bermuslihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang agar koronologi ‘pembelot’ tidak berulang.
Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Masiung Banah berkata, putaran kuasa yang wujud bersama parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) harus dipertahankan.
” Ini pendangan peribadi, bukan mewakili Gagasan Rakyat..Ketika ada cubaan menjatuhkan Kerajaan Negeri melalui ‘Langkah Kinabalu’ pemimpin PH tampil mempertahan kerjasama setia kawan.
Masiung ditemui pemberita selapas merasmikan Mesyuarat Agung Gagasan Rakyat Limbahau petang semalam di Dewan Masyarakat Limbahau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Gulam Haidar Khan dan ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim turut hadir bersama kira-kira 450 perwakilan Gagasan Rakyat Limbahau.
Masiung berkata, Gagasan Rakyat perlu menolak pemimpin parti yang berhaluan ekstrem
sebaliknya meletakkan keyakinan terhadap rakan yang setia ketika melalui detik sukar.
Menurutnya, Gagasan Rakyat merupakan parti tempatan lahir dari aspirasi rakyat Sabah yang menolak perpecahan politik akibat tindakan pemimpin parti yang menjadi pembelot.
“Sayap pemuda, wanita dan beliawanis tampil mempertahankan Presiden parti, yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang dilabelkan pembangkang dengan pelbagai tomahan.
“Sebagai sokongan kepada kepimpinan parti, pemimpin muda wajar tampil mambela maruah Gagasan Rakyat yang dicemari politik jahat.
“Kuasa yang dimiliki harus dipertahankan dan jangan sekali-kali membenarkan pemimpin parti luar merebut kuasa ditangan kita,” jelas Masiung.