Gagasan Rakyat Bahagian Likas terbuka untuk menerima bekas-bekas pemimpin, ahli-ahli pembangkang

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas terbuka untuk disertai bekas ahli daripada parti pembangkang termasuk pemimpinnya.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Likas, Mohammad  Bahrin Abd Karim berkata keahlian Gagasan Rakyat juga terbuka kepada bekas ahli pembangkang, selain individu lain yang berminat dengan perjuangan politik menerusi parti tempatan berkenaan.

“Mereka (bekas ahli pembangkang) dipelawa memohon untuk menjadi ahli Gagasan Rakyat. Kita sentiasa terbuka terutama kepada bekas ahli-ahli parti pembangkang  untuk menyertai parti ini,” katanya selepas menerima 200 borang keahlian daripada parti pembangkang ke PGRS Likas di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din.

Katanya, parti itu dijadikan landasan baharu untuk meneruskan perjuangan dan akan menggerakkan serta meneruskan perjuangan melalui Gagasan Rakyat demi pembangunan rakyat serta negeri ini.

Pertemuan itu diketuai Datuk David Chong bersama-sama dengan James Yin Max Loo, Chong Ket Vui, Tsen Hen Phion, Alex Chee, Hiew Sui Chong, Chee Chok Kwok dan Mohd Yunus Zipli.