Fiesta Belon Udara Panas kembali ke Labuan Mei ini

LABUAN: Fiesta Belon Udara Panas menerusi Program Labuan Big Show 2.0 bakal menceriakan langit sekitar Dataran Labuan apabila acara ini sekali lagi akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Mei ini.

Menurut Pengarah Labuan Big Show 2.0. Arman Annuar Tan, penganjuran Labuan Big Show edisi 2.0 turut mendapat kerjasama dengan AKA Balloon Sdn. Bhd dan Perbadanan Labuan.

Fiesta Belon Udara Panas kembali ke Labuan Mei ini.

Beliau berkata, AKA Balloon Sdn. Bhd yang sebelum ini telah berjaya menjayakan Festival Belon Udara Panas Putrajaya dan Pulau Pinang akan membawa kepakaran dan inovasi untuk diterjemahkan dalam acara Labuan Big Show. 2.0.

“Kami yakin dengan acara Belon Udara Panas ini akan dapat memikat lebih daripada 50,000 pengunjung dari rantau Borneo, Semenanjung Malaysia dan juga Kawasan Pertumbuhan Asean Timur (BIMP-EAGA).

“Sekaligus acara ini akan dapat mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan menarik kepada dunia luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Labuan kerana memasukan acara ini ke dalam kalender acara Labuan 2024 sambil memberi jaminan acara yang dinanti-nantikan oleh warga Labuan sebagai acara yang menyeronokkan.

Selain itu, kataya, pelbagai acara menarik turut diadakan seperti “Tethered Hot Air Balloon ride”, Cold Inflation Balloon, Glow Night Balloon Show, Family Theme Park, Fun Sports Event , Day & Night Market dan pocket show.

Turut diadakan sepanjang acara itu berlangsung adalah Pesta Makanan, Persembahan Seni Budaya dan Konsert Muzik.