32 C
Kota Kinabalu
Sunday, April 2, 2023

Enam terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Pangi Tenom

TENOM: Enam lelaki terselamat selepas dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, di sini

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom Mohd Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.30 pagi tadi.

Katanya, kesemua mangsa tersebut dilaporkan terperangkap di kawasan Power House, lima kilometer dari pagar utama bangunan. 

“Mereka merupakan pekerja kawasan itu berumur antara  29 hingga 59 tahun serta dilaporkan dalam berada keadaan selamat. 

“Pasukan bomba berjalan kaki ke lokasi mangsa kemudiannya berjaya menemui mereka di KM1 berhampiran dari pagar utama kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Zainal berkata, pasukan bomba diketuai Komander Operasi, PBK II Mohamad Herryzan Epui Ridzuan seterusnya menjalankan pemeriksaan agar tiada lagi kejadian berlaku di kawasan tersebut.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.30 pagi sekali gus tiada lagi kejadian berlaku di kawasan terbabit,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles